Thursday, 18 December 2014

9 Tip Memilih Suplemen/makanan tambahan

Apa itu suplemen?

Secara umumnya suplemen merupakan makanan tambahan dalam minuman atau makanan.Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin,mineral,herba atau tumbuhan lain atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil,kapsul,cecair atau tablet.

"Suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini"(Pakar Pemakanan Hospital Pakar,Perdana KPJ,Kelantan) Rose Hanizam Mat Hassan.

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif,seperti vitamin c yang bagus untuk kulit,serta vitamin E,asid amino,zink dan sebagainya.Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memastikan ia bergerak aktif seperti tambahan vitamin c,bagus untuk kulit serta vitamin E,asid amino,zink dan sebagainya.Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memastikan kulit cantik dan gebu.

Tip-Tip untuk memilih suplemen :

1- Sekiranya anda ingin memilih makanan tambahan untuk diri semdiri,pastikan kenapa anda perlu mengambil suplemen tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada anda.

2-kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi.Namun harus diingat,suplemen/makanan tambahan bukan bertujuan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

3-Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi Piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.

4-Pengamal makanan tambahan dinasihatkan mendapat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan suplemen.Terutamanya untuk produk pelangsingan badan.

5- Sekiranya tubuh benar-benar memerlukan suplemen,anda digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semulajadi yang tiada tambahan bahan kimia serta halal.

6- Sila pastikan suplemen tersebut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

7- Pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan harus berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat.Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun-tahun penggunaan tetap ada.

8- Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.Sekiranya berlebihan ia boleh membawa kepada penyakit lain.

9- Selain itu senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino,vitamin c,vitamin E,serta beberapa jenis mineral.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat kesihatan anda boleh menghubungi kami ditalian :
0195861286 / 0165561287
Facebook : mimie ayieda
Page : Sinar kecantikan & Kesihatan
e-mail : mimieayieda@gmail.com

No comments:

Post a Comment