Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita.Kes ini semakin meningkat setiap tahun dan jika barah ini tidak dirawat awal ianya boleh membawa maut.
Apa Itu Kanser Serviks ( Barah Pangkal Rahim )
Serviks adalah pangkal rahim dan berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.Manakala rahim pula merupakan bahagian dimana janin berkembang.Dalam barah pangkal rahim ( kanser Serviks ),sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal dan terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor,jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan lain melalui sistem darah atau limfa.
Barah pangkal rahim (kanser serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang.sebelum ianya berkembang,perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks) dan ini disebut peringkat prakanser.
4 Tanda-Tanda Barah Pangkal Rahim(Kanser Serviks)
1- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.
2- Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks
4- Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.
Faktor risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)
1- Tabiat seks
Memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar pasangan.
2- Agen Jangkitan
Terdapat bukti yang mengaitkan barah pangkal rahim (kanser serviks) dengan jangkitan virus Human Papilloma.
- Tidak menjaga kebersihan diri
- Menghisap tembakau
Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidapi barah pangkal rahim (kanser Serviks),adalah penting untuk mengesannaya awal-awal lagi.Ini boleh dilakukan melalui ujian Pap Smear.Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan.Ujian ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal.Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa kepada penyembuhan sepenuhnya.Ujian Pap Smear boleh dilakukan :
- Pusat Kesihatan Kerajaan
- Klinik Perancangan Keluarga
- Hospital / Klinik Swasta
Ujian Pap Smear dilakukan dengan mengambilsel-sel dari permukaan rahim servik dan diletakkan diatas slid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.Bagi kebanyakan wanita,sel-sel ini adalah normal sepenuhnya,jika sel-sel tersebut tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser ujian berkenaan akan diulang serta pemeriksaan seterusnya dilakukan jika perlu.
Siapakah Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear
- Wanita yang berumur 20-65 tahun
- Mereka yang aktif melakukan seks/pernah aktif seks dahulu
Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali dan ianya terbaik sekali dilakukan/dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.
No comments:
Post a Comment