Yang sebenarnya kami ada 5 orang adik beradik,kakakku tidak dapat menggantikan tempat untuk menjaga ibu disebabkan dia baru melahirkan bayi.Abangku yang seorang berada jauh pada masa tersebut,seorang lagi abangku pula yang bersama ayahku menemani ibuku semalam mungkin sedang berehat seketika,ataupun pergi mencari sarapan pagi untuk mereka berdua dengan ayahku.Adikku memang tidak di ganggu kerana masih belajar ketika itu,cuma aku harapan kini.Setelah meminta izin daripada suamiku aku bergerak ke hospital,aneh...jantungku berdebar-debar kencang dan fikiranku ligat memikirkan kenapa ibuku harus di masukkan ke wad kalau sekadar hanya demam panas biasa?Atau mungkin ada lagi informasi dari doktor yang mereka tidak beritahu kepada saya?Dalam pada itu hatiku tidak lepas berdoa untuk ibu dan bapaku...
Setiba di hospital ayah dan abangku tidak kelihatan mungkin ayah ke tandas dan abangku mungkin masih berada di kantin atau di mana-mana untuk mencari sarapan pagi.Aku melangkah masuk ke wad perempuan,niat di hati untuk bertanya kedudukan ibu.Sebaik melangkah masuk,hatiku tersentap melihat keadaan ibu..Ya Rabb ujian apakah ini...kulihat ibu berada betul-betul di hadapan meja jururawat yang bertugas,menurut pengalamanku yang pernah bertugas di klinik swasta beberapa bulan,sekiranya pesakit di letak di hadapan sekali,berhadapan dengan meja jururawat bertugas itu menandakan pesakit tersebut dalam perhatian mereka.Bertambah laju debar di dadaku..Allahurabbi...melihat keadaan ibu yang di diberikan oksigen untuk bantuan pernafasan,muka ibu kulihat pucat dan matanya kulihat tertutup rapat.Mungkin ibu berehat ataupun tidur.Sebak di dada hanya Allah yang tahu.
Kurapati katil ibu perlahan-lahan,tidak mahu menggangu ibu berehat.Namun naluri seorang ibu memang sukar di sangkal,perlahan-lahan ibu membuka kelopak matanya..terukir senyum dibibir ibu disebalik topeng oksigen yang menutup mulut dan hidungnya.Ku salami tangan ibu..biarpun lemah ibu sedaya upaya mengangkat tangannya perlahan-lahan.Tidak lama kemudian ayah dan abangku muncul,ku selidiki keadaan ibu melalui misi yang bertugas.Mereka hanya menjelaskan doktor belum mengesahkan apa penyakit sebenar ibu,cuma mereka meminta saya untuk bersabar sementara menunggu doktor,hatiku belum puas dengan penjelasan tersebut sebenarnya,lebih-lebih lagi mereka tidak menjelaskan mengapa ibuku harus di pasang oksigen?
To Be Continue....
No comments:
Post a Comment