Thursday, 8 January 2015

4 Tanda-Tanda Kanser Rahim

Kanser Pangkal Rahim (Serviks)

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai kanser serviks merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya dikalangan wanita.Kes ini semakin meningkat setiap tahun dan jika barah ini tidak dirawat awal ianya boleh membawa maut.

Apa Itu Kanser Serviks ( Barah Pangkal Rahim )

Serviks adalah pangkal rahim dan berhadapan dengan saluran yang dipanggil faraj.Manakala rahim pula merupakan bahagian dimana janin berkembang.Dalam barah pangkal rahim ( kanser Serviks ),sel-sel di serviks tumbuh secara tidak normal dan terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor,jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan lain melalui sistem darah atau limfa.

Barah pangkal rahim (kanser serviks) mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang.sebelum ianya berkembang,perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim (serviks) dan ini disebut peringkat prakanser.

4 Tanda-Tanda Barah Pangkal Rahim(Kanser Serviks)

1- Lelehan faraj yang berair dan berbau busuk.

2- Rasa sakit semasa melakukan hubungan seks

3- Pendarahan dari faraj antara haid atau selepas perhubungan seks.

4- Sebarang perdarahan dari faraj selepas putus haid.

Faktor risiko Barah Pangkal Rahim (Kanser Serviks)

1- Tabiat seks
    Memulakan perhubungan seks pada usia muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (bertukar             pasangan.

2- Agen Jangkitan
    Terdapat bukti yang mengaitkan barah pangkal rahim (kanser serviks) dengan jangkitan virus Human    Papilloma.

  • Tidak menjaga kebersihan diri
  • Menghisap tembakau                                                                                                                                                                                      
Lindungi Diri Dari Barah Pangkal Rahim (Kanser serviks)

Oleh kerana wanita yang aktif seks boleh menghidapi barah pangkal rahim (kanser Serviks),adalah penting untuk mengesannaya awal-awal lagi.Ini boleh dilakukan melalui ujian Pap Smear.Ia merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan.Ujian ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal.Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa kepada penyembuhan sepenuhnya.Ujian Pap Smear boleh dilakukan :

- Pusat Kesihatan Kerajaan
- Klinik Perancangan Keluarga
- Hospital / Klinik Swasta

Ujian Pap Smear dilakukan dengan mengambilsel-sel dari permukaan rahim servik dan diletakkan diatas slid kaca seterusnya dihantar ke makmal untuk pemeriksaan mikroskopik.Bagi kebanyakan wanita,sel-sel ini adalah normal sepenuhnya,jika sel-sel tersebut tidak kelihatan normal dan mungkin menunjukkan peringkat awal kanser ujian berkenaan akan diulang serta pemeriksaan seterusnya dilakukan jika perlu.

Siapakah Yang Harus Menjalani Ujian Pap Smear
- Wanita yang berumur 20-65 tahun
- Mereka yang aktif melakukan seks/pernah aktif seks dahulu

Ujian Pap Smear hendaklah dilakukan 3 tahun sekali dan ianya terbaik sekali dilakukan/dijalankan pada pertengahan pusingan haid atau 10 hari selepas kedatangan haid.


Tuesday, 6 January 2015

Ibu Jantung Hatiku

Pada tahun 2008 saya telah mendirikn rumahtangga pada tanggal 01-Jun.Tahun itu juga merupakan tahun yang begitu mencabar dalam hidupku.Selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga saya pergi mengikut suami.Memang sudah menjadi lumrah seorang isteri harus berada dekat dengan suami sendiri.Namun suamiku juga sering membenarkan aku pulang melawat keluarga di kampung halamanku.Masih segar dalam ingatan,pada pagi hari Selasa,02-12-2008 aku mendapat panggilan telefon daripada ayah yang mengatakan ibuku di masukkan ke hospital pada waktu malam sebelumnya.Hatiku tidak keruan mendengar khabar tersebut,risau,sedih dan panik bercampur baur.Kenapa dengan ibuku?sakit tenat?teruk?aku menjadi gelisah.Ayahku menenangkan ku di sebalik panggilan tersebut.Ya Allah...selamatkan ibubapaku,aku masih belum puas berbakti untuk mereka berdua..doaku dalam hati.Ayah memberitahu ibu cuma demam panas,dia cuma memintaku untuk menggantikan tempatnya untuk menjaga ibu buat sementara dia ingin pulang ke rumah dan menggantikan pakaian.Mungkin dia tidak sempat membawa pakaian sewaktu menghantar ibu semalam.Lagipun aku kasihankan dia yang penat dan tidak boleh kurang tidur kerana menghidapi penyakit darah tinggi.

Yang sebenarnya kami ada 5 orang adik beradik,kakakku tidak dapat menggantikan tempat untuk menjaga ibu disebabkan dia baru melahirkan bayi.Abangku yang seorang berada jauh pada masa tersebut,seorang lagi abangku pula yang bersama ayahku menemani ibuku semalam mungkin sedang berehat seketika,ataupun pergi mencari sarapan pagi untuk mereka berdua dengan ayahku.Adikku memang tidak di ganggu kerana masih belajar ketika itu,cuma aku harapan kini.Setelah meminta izin daripada suamiku aku bergerak ke hospital,aneh...jantungku berdebar-debar kencang dan fikiranku ligat memikirkan kenapa ibuku harus di masukkan ke wad kalau sekadar hanya demam panas biasa?Atau mungkin ada lagi informasi dari doktor yang mereka tidak beritahu kepada saya?Dalam pada itu hatiku tidak lepas berdoa untuk ibu dan bapaku...

Setiba di hospital ayah dan abangku tidak kelihatan mungkin ayah ke tandas dan abangku mungkin masih berada di kantin atau di mana-mana untuk mencari sarapan pagi.Aku melangkah masuk ke wad perempuan,niat di hati untuk bertanya kedudukan ibu.Sebaik melangkah masuk,hatiku tersentap melihat keadaan ibu..Ya Rabb ujian apakah ini...kulihat ibu berada betul-betul di hadapan meja jururawat yang bertugas,menurut pengalamanku yang pernah bertugas di klinik swasta beberapa bulan,sekiranya pesakit di letak di hadapan sekali,berhadapan dengan meja jururawat bertugas itu menandakan pesakit tersebut dalam perhatian mereka.Bertambah laju debar di dadaku..Allahurabbi...melihat keadaan ibu yang di diberikan oksigen untuk bantuan pernafasan,muka ibu kulihat pucat dan matanya kulihat tertutup rapat.Mungkin ibu berehat ataupun tidur.Sebak di dada hanya Allah yang tahu.

Kurapati katil ibu perlahan-lahan,tidak mahu menggangu ibu berehat.Namun naluri seorang ibu memang sukar di sangkal,perlahan-lahan ibu membuka kelopak matanya..terukir senyum dibibir ibu disebalik topeng oksigen yang menutup mulut dan hidungnya.Ku salami tangan ibu..biarpun lemah ibu sedaya upaya mengangkat tangannya perlahan-lahan.Tidak lama kemudian ayah dan abangku muncul,ku selidiki keadaan ibu melalui misi yang bertugas.Mereka hanya menjelaskan doktor belum mengesahkan apa penyakit sebenar ibu,cuma mereka meminta saya untuk bersabar sementara menunggu doktor,hatiku belum puas dengan penjelasan tersebut sebenarnya,lebih-lebih lagi mereka tidak menjelaskan mengapa ibuku harus di pasang oksigen?

To Be Continue....

Penafian


1- Sebarang bahagian artikel,penulisan/isi kandungan di mamahasifnutrisi adalah perkongian peribadi.Tidak ada kena menggena kepada  mana-mana pihak yang masih hidup ataupun yang telah mati.Sebarang bahagian di mamahasifnutrisi ini tidak boleh diterbitkan/dicetak semula sekiranya bukan untuk perkonsian ilmu tanpa kebenaranatau izin bertulis daripada mamahasifnutrisi.

2- Sebarang testimoni/produk yang dikongsi dilaman dan bahagian ini bukan berujuan untuk merawat,mencegah dan mendiagnosis apa juga jenis penyakit.Pembaca adalah di nasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu sebelum mencuba apa juga jenis produk yang di kongsikan.

Sunday, 4 January 2015

Me,frenz n family




Kenali & Hubungi Saya

Kenali & Hubungi Saya

Assalammualaikum dan salam perkenalan semua,selamat datang ke dunia kesihatan saya bersama keluarga.Di dalam blog ini,saya membawa anda semua menggenali secara dekat kehidupan saya bersama keluarga.Nama saya Aidah Binti Atir,saya berasal dari Kota Belud Sabah.Saya adalah pemilik dan founder mamahasifnutrisi yakni sinar kecantikan & kesihatan.Pada saya,kesihatan adalah satu kebahagiaan.

Di sini kami juga membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menjana pendapatan sampingan bagi meringgankan beban kewanggan,tidak kira anda seorang pelajar,surirumah ataupun bekerjaya dengan modal serendah Rm115 dan mampu meraih 4-5 sebulan.

Percaya

Saya merupakan surirumah sepenuh masa,dan saya mempunyai cita-cita yang tinggi untuk membantu keluarga dan juga masyarakat sekeliling mempertingkatkan lagi tahap kesihatan dan juga kewanggan masing-masing. Syukur alhamdulillah,selepas saya mewujudkan mamahasifnutrisi sedikit sebanyak cita-cita dan impian saya hampir terlaksana. 
Mamahasifnutrisi merupakan syarikat kecil yang membantu dalam mempertingkatkan kesihatan Sejujurnyadan kewangaan. Saya adalah salah seorang dari kalangan mereka yang tidak mempercayai bulat bulat dengan khasiat dan faedah setiap produk nutrisi kesihatan yang ada di setiap pasaran.

Kerana bagi saya,setiap produk yang berada di pasaran biasanya menggunakan bahan kimia atau bahan-bahan terlarang yang lain.Namun selepas menngunakan set produk ini saya akhirnya terbuka hati untuk berkongsi dengan anda semua. Sudah pastinya semua dengan izin Allah juga.

Hubungi Saya

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang produk ataupun berminat untuk mengetahui bagaimana menyertai kami serta mendapatkan khidmat nasihat,anda boleh menghubungi kami ditalian

Hp : 019-5861287 / 016-5561287
E-mail : mimieayieda@gmail.com
Facebook : mimie ayieda
Page : MMG KOTA BELUD
ID : S-SJ-72
About

Friday, 19 December 2014

7 sebab mengapa Badan kita memerlukan suplemen

Suplemen adalah penting untuk tubuh badan kita,ini kerana kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan surih yang badan perlukan.Ini memainkan peranan penting kepada tubuh badan kita.
Sebab kenapa perlu suplemen?

1- Kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar,dan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan badan.

2- Dalam sesetengah situasi,badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita boleh perolehi daripada makanan.Contohnua vitamin c dan vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

3- Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur.Racun serangga,racun perosak dan bahan pencemar mempengaruhi kualitu buah dan sayuran tersebut.

4- Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penyediaan.Contohnya vitamin c dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak

5- Pengambilan pil penahan sakit,laksatif,ubat-ubatan,alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan.Amalan diet yang tinggi kafein,lemak,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

6- Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

7- Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk,jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

8- Mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam atau bersukan dan merokok.

Keistimewaan produk kami :

Sentiasa selamat
- Kami memulakan dengan sumber semulajadi,ahli-ahli saintis kami telah membuat kajian di seluruh pelusuk dunia bagi mencari ramuan asli semulajadi.
-Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan,tiada perwarna,tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis atau perasa tiruan.Setiap produk kami adalah 100% selamat digunakan.Terbukti dan terjamin.
-Produk kami disahkan HALAL oleh ISA-Islamic Services Of Amerika,badan yang diiktiraf oleh jakim.
Sentiasa berkesan
- Di sini,kami menjamin tahap keberkesanan yang efektif.Sebelum sebarang produk kami menjadi milik anda,kami telah berkerja keras untuk memastikan ianya terbukti.
- Setiap ujian botanikal turut diuji oleh pihak ketiga.us$300 juta tekah dilaburkan di dalam kajian,serta pembangunan produk dan ujikaji.Selain itu produk kami juga terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA untuk misi mereka.
- Setiap produk kami mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.

Sentiasa mesra alam
- Kami menjadi peneraju dan contoh dalam memulihara alam sekitar.Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™.
-Kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
- Kami bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi kita.
Kesihatan adalah tenaga kesihatan,kecergasan dan kesejahteraan.Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya.Kami telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun.

Hubungi kami sekiranya anda berminat untuk menjadi ejen dan ingin menjana pendapatan bersama kami.Izinkan kami membantu anda ke arah kesihatan yang optimum.

hp : 019-5861287 / 016-5561287
fb  : mimie ayieda
Page : Sinar kecantikan dan kesihatan
E-mail : mimieayieda@gmail.com

Thursday, 18 December 2014

9 Tip Memilih Suplemen/makanan tambahan

Apa itu suplemen?

Secara umumnya suplemen merupakan makanan tambahan dalam minuman atau makanan.Suplemen boleh wujud dalam bentuk sama ada vitamin,mineral,herba atau tumbuhan lain atau komponen dalam makanan yang kita makan setiap hari.Ia juga boleh wujud dalam bentuk pil,kapsul,cecair atau tablet.

"Suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian sebagaimana tanggapan individu selama ini"(Pakar Pemakanan Hospital Pakar,Perdana KPJ,Kelantan) Rose Hanizam Mat Hassan.

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif,seperti vitamin c yang bagus untuk kulit,serta vitamin E,asid amino,zink dan sebagainya.Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memastikan ia bergerak aktif seperti tambahan vitamin c,bagus untuk kulit serta vitamin E,asid amino,zink dan sebagainya.Makanan tambahan seperti itu yang kita perlukan dan diambil setiap hari untuk memastikan kulit cantik dan gebu.

Tip-Tip untuk memilih suplemen :

1- Sekiranya anda ingin memilih makanan tambahan untuk diri semdiri,pastikan kenapa anda perlu mengambil suplemen tersebut dan kepentingan suplemen tersebut kepada anda.

2-kita perlu tahu adakah penting suplemen tersebut untuk penyakit yang kita hadapi.Namun harus diingat,suplemen/makanan tambahan bukan bertujuan untuk menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia boleh membantu mengekalkan kesihatan.

3-Kandungan nutrisi dalam setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu dipastikan ia mematuhi Piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.

4-Pengamal makanan tambahan dinasihatkan mendapat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan (dietitian) mengenai pengambilan suplemen.Terutamanya untuk produk pelangsingan badan.

5- Sekiranya tubuh benar-benar memerlukan suplemen,anda digalakkan untuk memilih suplemen yang terhasil daripada bahan-bahan organik dan semulajadi yang tiada tambahan bahan kimia serta halal.

6- Sila pastikan suplemen tersebut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

7- Pengguna yang ingin mengambil makanan tambahan untuk kecantikan harus berhati-hati kerana kesan sampingan tidak nampak dalam masa yang singkat.Kebarangkalian ia memberi kesan dalam jangka masa yang lama iaitu selepas bertahun-tahun penggunaan tetap ada.

8- Kandungan nutrisi daripada makanan tambahan merupakan surih yang badan perlukan kerana ia bukan makanan utama seharian kita tetapi memainkan peranan penting kepada badan kita.Sekiranya berlebihan ia boleh membawa kepada penyakit lain.

9- Selain itu senaman juga penting untuk mengekalkan tahap kesihatan di samping mengambil suplemen lain seperti asid amino,vitamin c,vitamin E,serta beberapa jenis mineral.

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat kesihatan anda boleh menghubungi kami ditalian :
0195861286 / 0165561287
Facebook : mimie ayieda
Page : Sinar kecantikan & Kesihatan
e-mail : mimieayieda@gmail.com